Wednesday, 19 June 2013

Jiwa Besar

Alhamdulillah.

Jiwa lebih tenang dari dulu...

Walaupun masih ada lagi saki-baki, kotoran yang agak degil..insyaAllah biidznillah~

Satu hari, dapat mesej dari kakak di malaysia,

"Ayah masuk hospital, buang batu karang..ibu ngan Daus tido sana..."

Terkejut!! Terus balas mesej >=<

" Kenapa x cakap ayah masuk hospital? tak tahu pun..macam mana ayah sekarang?huhu.. "

"Dah keluar dah batunya.." selamba kakak menjawab.

Bila dapat tahu terus mesej ayah, tanyakan khabar dia. Tapi, ayah tak banyak cakap, mungkin masih sakit lagi. Cuma dia asyik reply,

"Ayah dah sihat dah, belajar sungguh2, rajin..jangan risau ayah. Ayah doakan berjaya cemerlang dunia akhirat."

huh..mana lah tak risau ayahku..

siapa yang tak sayang ayah?

Aku tahu dia risau aku tak fokus exam kalau dia beritahu yang dia sakit. Sedangkan kalau aku sakit, aku akan mengadu pada ayah supaya dia bawa aku ke hospital, berubat. Teringat masa kecik, suka je nak sakit perut dan demam supaya dapat pergi klinik, doktor bagi gula-gula. =-=

Dan bila jadi begini, teringat juga kisah Rasullulah bersama Abu Bakar semasa hijrah.
Bila As-Siddiq disengat haiwan berbisa di kakinya,
Beliau tidak menjerit kesakitan,
Bahkan menahan sengatan berbisa itu kerana di pangkuannya ada seorang insan mulia,
Bimbang jika dia bergerak maka Baginda akan tersedar,
Sehinggalah air matanya jatuh ke muka Baginda,
Barulah sedar beliau cedera.

Itulah pentingnya memiliki jiwa besar.

Satu perkara yang sampai hari ni aku rasa susah nak buat lagi...

Mengenepikan hal2 yang masih boleh diselesaikan sendiri, tanpa menyusahkan orang lain..

Tapi,

Aku akan cuba.!

Cuma aku tak boleh teragak-agak, aku kena cuba!

#Rabbi yassir#







Thursday, 6 June 2013

Sick heart~

Satu perkara yang kurang suka masa fatrah exam.

#emosi kurang stabil.#


Fikir punya fikir, memang masalah tu dari diri sendiri.

Bukan orang lain, {sebab selalu salahkan orang lain}

Ya, pastinya emosi itu yang mengawalnya hawa nafsu.

Dan hawa nafsu itu boleh dijinakkan dengan iman.

Dan iman itu hadirnya pada taat dalam ibadat, zikir kepadaNYA.

Dan membawa pada satu kesimpulan, punca emosi berlebihan adalah dari

H A T I Y A N G S A K I T..

~misi merawat hati~




.                                                         #sila tekan kalau hati sakit#


Wednesday, 5 June 2013

Bukan Sempurna +_+

Manusia memang diciptakan tidak PERNAH sempurna..

Kadang-kadang aku juga turut tewas dengan ketidaksempurnaan.

Setiap hari, aku cuba menganjak-paradigmakan diri ke arah yang lebih baik.

Walaupun orang melihat aku biasa2 sahaja, aku tahu pandangan Allah yang harus aku pegang kemas2..., bukan siapa2..

mungkin hari ini sensitiviti aku turut melonjak dengan "girang" +_+

Sehinggakan aku merasakan diri aku lah yang paling kerdil di sisi manusia2 yg hidup di sekeliling aku.

Benda yang tidak sepatutnya dibesar-besarkan menjadi isu yang paling hangat tidak keruan.

aku selalu berharap, mengharap dan terus-terusan mengharap,

agar jiwa2 yang mengenalkan aku dengan jalan ini,


memberi aku HARAPAN
memberi aku KASIH SAYANG
memberi aku NASIHAT dn TUNJUK AJAR
memberi aku PELUANG utk mengislahkan diri

Tapi, aku sedar..
Aku tidak boleh terus berharap.
Pada manusia yang terkenal dengan LEMAHnya dn TIDURnya.
Aku mesti menyandarkan harapan ini kepada Allah semata2.



~memaafkan x semestinya zahir di mata, kadang2 tak mampu untuk berkata tapi hati yang tenang memberi satu petanda bahawa dia sudah memaafkan.

Wednesday, 9 January 2013

Umat Ini.

Alhamdulillah~

Terdetik hati mencurahkan isinya tatkala ini.

Hatiku merintih
Risau dan takut
Mengenangkan masa depan umat ini
Apakah mereka tidak memikirkan
Betapa dalam bahayanya mereka kini?

Saling bercakaran!
Saling berbalahan!
Saling menghentam!
Sesama mereka sendiri
Yang memiliki akidah yang SAMA
Mengerjakan ibadah yang SAMA
Membaca kitab yang SAMA
Menghirup udara yang SAMA
Demi satu kepentingan
Mendapatkan KUASA

Untuk apa???

Adakah mereka tidak tahu
Yang Maha Esa SENTIASA melihat
Yang Maha Kuasa SENTIASA menilai
Segala kelakuan mereka?

Wahai para daie,
Wahai pejuang kebenaran,
Wahai para ilmuan,
Wahai yang bercita-cita meninggikan kalimahNya,
Wahai jiwa-jiwa yang cintakan syahid,
Wahai saf-saf qiyadah,
Berfikirlah!
Apa jua penyelesaian yang menyatukan hati-hati ini.
Hati-hati yang sedang membakar ini.
Hati-hati yang saling membenci ini.
Moga dengan keupayaanmu
Moga dengan kecerdikanmu
Moga dengan semangat dan ilmu
Yang Dia kurniakan padamu
Kamu gunakan dengan haq
Kamu sampaikannya dengan adil
Kepada masyarakat yang jahil ini

Masyarakat ini punya hak
Untuk menerima kalam yang benar
Kalam yang suci
Bersih dari segala yang kotor
Niat, tujuan, kepentingan
Selain dari berhadafkan
Dia, Allah yang Esa~

Tidak sanggup rasanya
Melihat dan mendengar
Persengketaan mereka
Yang entah bila akhirnya
Yang entah bila hujungnya

Ku tahu,
Allah sentiasa akan menguji hambaNya
Yang mengaku dia BERIMAN
Yang mengaku dia IZZAH dengan islam
Dengan ujian seperti ini.

Benarlah,
Allah tidak memperkenankan
Permintaan Baginda yang ketiga
Supaya umatnya tidak dibinasakan
kerana pergaduhan
Dan perbalahan sesama mereka
Kerana ada hikmah yang tersembunyi
Di sebaliknya.

Sebarkanlah kemaafan
Sebarkanlah kasih sayang
Antara kamu
Ya, kamu..
wahai umat islam

Kerana Baginda pernah bersabda,
Tidak sempurna iman kamu,
Sehingga ia mengasihi saudaranya,
seperti ia mengasihi diri sendiri.

Sabdanya lagi
Muslim itu ibarat satu tubuh
Apabila satu anggota sakit
Maka yang lain turut merasa sakitnya

Kun minal MUSLIM
HAQQUL MUSLIM~

















Friday, 7 September 2012

Bingkisan hati

˙•٠ Ya Rabb,

Berikan aku sebiji tamar


Dari syurga-Mu


Bukan sebiji khuldi


Yang menyingkirkan Adam


Daripada kasih sayangmu..


Aku selalu bertanya..cukupkah bekalan ini..


Untuk aku bawa ke negeri abadi??

˙•
٠ Ya Rabb,

Dengan seluruh keampunan-Mu


Jangan dijawab pertanyaanku..


Kerana..aku ingin belajar menjadi insan


Yang sentiasa takut dan bersedia


Bukan peramal dan pemuja


Hanya satu pintaku


Bukakan hijab doa-Mu


Untuk namaku…

Saturday, 21 July 2012

Ukhuwah vs Ikhtilat




Seronok kan kalau dapat jumpa kawan-kawan lama kat sekolah dulu?

Keluar makan-makan, pergi shopping, jalan-jalan..

Dapat imbau balik kenangan zaman sekolah yang penuh suka duka, bergelak dan menangis bersama..

Bergosip pun bole!! --mana boleh mengumpat--


Namun, apa yang rasa tak kena di hati ini apabila ada teman-teman yang menakrifkan dan memahami ukhuwah lillah itu dengan fahaman yang kurang jelas. Ada yang menjadikan ukhuwah lillah itu sebagai syarat untuk mereka bebas berkumpul/be"reunion" antara lelaki dan perempuan. Bila dah berkumpul, mestilah akan ada interaksi antara mereka, bagi yang eksited mulalah bertanyakan tentang hal-hal peribadi.

Dah dapat nombor, mulalah bermesej bertanyakan khabar..
Apa-apa tak perlu ditanya pun menjadi isu antara dua insan..
Kemudian melarut-melarat hingga tak terperasan si dia telah menjadi couple si dia..
Sesudah itu apa?





ولا تقربوا الزنى إنه كان فاحشة وساء سبيلا
Al-israa:32


Bukankah Allah dah memberi kita peringatan, JANGAN MENDEKATI zina? Bukan MELAKUKAN zina? Dan bukanlah maksudnya MELAKUKAN itu tidak salah, malah hukumannya lebih berat lagi. MENDEKATI itu menjurus ke arah zina, dan sesungguhnya balasan dan hukuman Allah kepada penzina amat-amatlah berat..




الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَة


An-nur:2



Ayuh, sedar!
Elakkan diri dari ikhtilat. Kalau terlalu merindui zaman-zaman itu, tidak salah untuk menganjurkan majlis perkumpuan tetapi yang menepati syara'. Contoh yang boleh dilakukan,

* AJk yang terlibat mestilah menjaga pergaulan, berbincang cuma kepada perkara-perkara yang perlu.
   Setiap pembahagian tugas mestilah ada ikhwah dan akhawat yang menguruskan bahagian masing2.

* Asingkan tempat antara lelaki dan perempuan, dari semua aspek. e.g tempat duduk, mengambil
   makanan dsb.

* Pengacara majlis digalakkan kepada suami dan isteri, untuk mengelak fitnah.

*Persembahan tidak melibatkan perkara-perkara yang haram, e.g membenarkan wanita muslimah
  menari dan menyanyi, alat muzik yang melalaikan dsb.

* Sertakan majlis doa, bacaan yasin dan solat hajat lebih baik.

Nah, inilah ukhuwah lillah. Bukan semata-mata di mulut yang manis, tetapi dizahirkan dengan perbuatan kita sendiri. Kalau kita terasa berat dan susah nak melakukan sesuatu mengikut kehendak Allah, itu tandanya sesuatu perkara yang hendak kita lakukan itu tidak bertepatan lagi dengan syariat Allah.


Syadid?

Sememangnya tidak layak rasanya untuk tangan ini menulis tentang hal ini. Namun, ini hanyalah curahan hati, yang sebenarnya sudah lama dipendam. Empunya tangan ini masih banyak kelemahan, bukanlah ustaz mahupun ustazah, cuma insan yang selalu memerhati  dan mempunyai sedikit pengetahuan tentang perkara ini. Kepada yang mahu berkata orang seperti empunya tangan ini keterlaluan dalam menghukum, terpulanglah, kerana hanya Allah sahaja yang layak menilai manusia.

Wallahua'lam :)

Tuesday, 26 June 2012

Jangan mengeluh

Alhamdulillah..


Tepat pukul 11.55 pagi, kaki ini akhirnya menjejak juga ke rumah tercinta.


Setelah menunggu lebih 2 jam setengah untuk oral physiology, yang sepatutnya bermula pukul 8.30 pagi, akhirnya Allah beri juga peluang bertemu dengan tabib-tabib hebat di bilik mereka.


Lub Dub..lub dub..lub dub..




Dalam keadaan masih memikirkan jawapan yang ditulis semasa written exam 2 hari lepas, senyum pun tidak mampu. Tetapi, bila mengenangkan rahmat dan kasih sayangNya yang maha luas, tangan tetap ditadah, doa tetap tidak lekang di bibir, memohon dan merintih kepadaNya. berharap agar masih ada peluang yang diberi untuk bangkit semula pada hari ini.


Ya, hari ini mesti lebih baik!! (bisik hati)


Sejurus tabib-tabib hebat menanyakan soalan, kaki melangkah keluar dengan rasa bercampur-baur.


Hanya mampu bertawakkal sahaja padaNya setelah semua usaha dibuat.


Walaupun susah untuk menanamkan perasaan itu, kerana diri sendiri yang mengetahui kemampuan ketika menjawab soalan tabib-tabib hebat. Tapi, jup!


Bukan ke Allah Maha mengetahui? lebih mengetahui apa yang tersirat tersurat di hati kita? lebih lagi mengetahui masa depan kita? 


Oooopppss!!


Tersentak dan terasa lagi hati ini...


Seringkali kita memohon pada Allah agar menghilangkan kesusahan yang kita dapat. masa itu terasa dhayyik(sempit) sangat kerana masalah itu. Tetapi, ingatkah kita betapa banyak kesusahan yang kita lalui, akhirnya Allah yang Maha pengasih itu mengeluarkan kita dari kemelut itu sampai sekarang kita tidak sedar pun bahawa masalah itu telah tiada pada kita?


Wahai diri!


Bersyukurlah padaNya, jangan asyik mengeluh itu dan ini. Banyak lagi nikmatNya kepadamu yang tidak pula engkau sebut-sebutkan dan kenang-kenangkan, malah dirimu melihat lagi pada perkara-perkara lain yang tidak engkau perolehi.


memetik kata seorang ukhti,


"tarbiyah ini bukan untuk orang-orang yang manja, tidak boleh berlapang dada dengan karenah orang lain. Asyik mahu orang menjaga hati dan perasaannya saja, diri sendiri tidak cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik!"