Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.
~Kepada sahabat yang ku ketahui dirimu dilanda ujian hebat tatkala ini, ku doakan agar dirimu kuat, tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Ku yakin bahawa Allah ingin memberikanmu sesuatu yang terbaik sebagai ganjaran atas kesabaranmu selama ini. insyaAllah, Allah bersamamu!!!
masih lagi meneruskan perjuangan yang berbaki untuk menghabiskan final exam.
satu fatrah yang betul-betul menguji diri dari segenap aspek.
"malasnya nak bukak buku nie, hari tu dah baca, cukup tak?"
"panasnya rumah ni, bahang dia masyaAllah terbakar kulit!"
"lapar pulak stay up malam-malam ni, nak masak malas pulak...."
"ngantuknya! padahal dah berapa kali dah tidur hari ini +_+ "
Benarlah firman Allah,
Bahawa dia akan menguji hamba-hambaNya,
Dengan apa sahaja selagi hambaNya mengaku dia beriman pada Tuhannya.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkanhanya dengan mengatakan, kami telah beriman, dan mereka tidak diuji?"
(29:2)
Bila fikir-fikir dan kenang-kenang semula, masih ada lagi insan-insan yang berada di sekitar diri ini menghadapi ujian yang lebih berat. Dan mungkinkah masih mampu tersenyum apabila berada di tempat mereka? Ya, setiap manusia ujiannya berbeza. Allah memang Maha adil, bukan bermaksud Dia akan beri ujian yang sama sahaja kepada semua orang, Allah itu adil kerana Dia akan beri ujian sesuai dengan kemampuan kita. Bila terasa lemah, futur, tiada harapan dan jalan keluar lagi dari masalah ingatlah dua firmanNya,
" Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya"
(2:286)
"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(94:5)
Allah tidak pernah zalim, malah menyayangi hambaNya, sekalipun hambaNya pelaku maksiat tetap, di saat dia ingin kembali kepada Allah, Allah membuka pintu rahmat dan kasih sayangnya yang super luas itu kepada yang mahu bertaubat, membersihkan diri dan jiwa dari dosa.
Kadang-kadang kita terasa dhayyik(sempit) disebabkan masalah-masalah yang kita hadapi, di saat itulah kita mahu beritahu, mengadu pada Allah untuk melapangkan dada, memudahkan urusan kita. Ya, memang semulajadi fitrah yang Alah jadikan buat setiap manusia rasa ingin kembali kepada penciptanya di saat-saat kesusahan menimpa dirinya.
Setelah doa dipanjatkan, kita sentiasa dan selalu mengharapkan Alah memenuhi hajat kita. Dan tanpa kita sedari, Allah memperkenankan doa kita dalam pelbagai cara. Allah permudahkan urusan, jalan kita dan akhirnya sedar atau tidak kita sudahpun melepasi segala kekusutan yang membelenggu diri.
Alhamdulillah, Allah bersama kita!!
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya"
(50:16)
![]() |
| urat leher= jugular vein |

No comments:
Post a Comment