Tuesday, 26 June 2012

Jangan mengeluh

Alhamdulillah..


Tepat pukul 11.55 pagi, kaki ini akhirnya menjejak juga ke rumah tercinta.


Setelah menunggu lebih 2 jam setengah untuk oral physiology, yang sepatutnya bermula pukul 8.30 pagi, akhirnya Allah beri juga peluang bertemu dengan tabib-tabib hebat di bilik mereka.


Lub Dub..lub dub..lub dub..




Dalam keadaan masih memikirkan jawapan yang ditulis semasa written exam 2 hari lepas, senyum pun tidak mampu. Tetapi, bila mengenangkan rahmat dan kasih sayangNya yang maha luas, tangan tetap ditadah, doa tetap tidak lekang di bibir, memohon dan merintih kepadaNya. berharap agar masih ada peluang yang diberi untuk bangkit semula pada hari ini.


Ya, hari ini mesti lebih baik!! (bisik hati)


Sejurus tabib-tabib hebat menanyakan soalan, kaki melangkah keluar dengan rasa bercampur-baur.


Hanya mampu bertawakkal sahaja padaNya setelah semua usaha dibuat.


Walaupun susah untuk menanamkan perasaan itu, kerana diri sendiri yang mengetahui kemampuan ketika menjawab soalan tabib-tabib hebat. Tapi, jup!


Bukan ke Allah Maha mengetahui? lebih mengetahui apa yang tersirat tersurat di hati kita? lebih lagi mengetahui masa depan kita? 


Oooopppss!!


Tersentak dan terasa lagi hati ini...


Seringkali kita memohon pada Allah agar menghilangkan kesusahan yang kita dapat. masa itu terasa dhayyik(sempit) sangat kerana masalah itu. Tetapi, ingatkah kita betapa banyak kesusahan yang kita lalui, akhirnya Allah yang Maha pengasih itu mengeluarkan kita dari kemelut itu sampai sekarang kita tidak sedar pun bahawa masalah itu telah tiada pada kita?


Wahai diri!


Bersyukurlah padaNya, jangan asyik mengeluh itu dan ini. Banyak lagi nikmatNya kepadamu yang tidak pula engkau sebut-sebutkan dan kenang-kenangkan, malah dirimu melihat lagi pada perkara-perkara lain yang tidak engkau perolehi.


memetik kata seorang ukhti,


"tarbiyah ini bukan untuk orang-orang yang manja, tidak boleh berlapang dada dengan karenah orang lain. Asyik mahu orang menjaga hati dan perasaannya saja, diri sendiri tidak cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik!"









No comments:

Post a Comment