Tuesday, 26 June 2012

Jangan mengeluh

Alhamdulillah..


Tepat pukul 11.55 pagi, kaki ini akhirnya menjejak juga ke rumah tercinta.


Setelah menunggu lebih 2 jam setengah untuk oral physiology, yang sepatutnya bermula pukul 8.30 pagi, akhirnya Allah beri juga peluang bertemu dengan tabib-tabib hebat di bilik mereka.


Lub Dub..lub dub..lub dub..




Dalam keadaan masih memikirkan jawapan yang ditulis semasa written exam 2 hari lepas, senyum pun tidak mampu. Tetapi, bila mengenangkan rahmat dan kasih sayangNya yang maha luas, tangan tetap ditadah, doa tetap tidak lekang di bibir, memohon dan merintih kepadaNya. berharap agar masih ada peluang yang diberi untuk bangkit semula pada hari ini.


Ya, hari ini mesti lebih baik!! (bisik hati)


Sejurus tabib-tabib hebat menanyakan soalan, kaki melangkah keluar dengan rasa bercampur-baur.


Hanya mampu bertawakkal sahaja padaNya setelah semua usaha dibuat.


Walaupun susah untuk menanamkan perasaan itu, kerana diri sendiri yang mengetahui kemampuan ketika menjawab soalan tabib-tabib hebat. Tapi, jup!


Bukan ke Allah Maha mengetahui? lebih mengetahui apa yang tersirat tersurat di hati kita? lebih lagi mengetahui masa depan kita? 


Oooopppss!!


Tersentak dan terasa lagi hati ini...


Seringkali kita memohon pada Allah agar menghilangkan kesusahan yang kita dapat. masa itu terasa dhayyik(sempit) sangat kerana masalah itu. Tetapi, ingatkah kita betapa banyak kesusahan yang kita lalui, akhirnya Allah yang Maha pengasih itu mengeluarkan kita dari kemelut itu sampai sekarang kita tidak sedar pun bahawa masalah itu telah tiada pada kita?


Wahai diri!


Bersyukurlah padaNya, jangan asyik mengeluh itu dan ini. Banyak lagi nikmatNya kepadamu yang tidak pula engkau sebut-sebutkan dan kenang-kenangkan, malah dirimu melihat lagi pada perkara-perkara lain yang tidak engkau perolehi.


memetik kata seorang ukhti,


"tarbiyah ini bukan untuk orang-orang yang manja, tidak boleh berlapang dada dengan karenah orang lain. Asyik mahu orang menjaga hati dan perasaannya saja, diri sendiri tidak cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik!"









Allah bersamamu!

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.


masih lagi meneruskan perjuangan yang berbaki untuk menghabiskan final exam.

satu fatrah yang betul-betul menguji diri dari segenap aspek.



"malasnya nak bukak buku nie, hari tu dah baca, cukup tak?"

"panasnya rumah ni, bahang dia masyaAllah terbakar kulit!"

"lapar pulak stay up malam-malam ni, nak masak malas pulak...."

"ngantuknya! padahal dah berapa kali dah tidur hari ini +_+  "




Benarlah firman Allah,
Bahawa dia akan menguji hamba-hambaNya,
Dengan apa sahaja selagi hambaNya mengaku dia beriman pada Tuhannya.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkanhanya dengan mengatakan, kami telah beriman, dan mereka tidak diuji?"
(29:2)


Bila fikir-fikir dan kenang-kenang semula, masih ada lagi insan-insan yang berada di sekitar diri ini menghadapi ujian yang lebih berat. Dan mungkinkah masih mampu tersenyum apabila berada di tempat mereka? Ya, setiap manusia ujiannya berbeza. Allah memang Maha adil, bukan bermaksud Dia akan beri ujian yang sama sahaja kepada semua orang, Allah itu adil kerana Dia akan beri ujian sesuai dengan kemampuan kita. Bila terasa lemah, futur, tiada harapan dan jalan keluar lagi dari masalah ingatlah dua firmanNya,

" Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya"
(2:286)

"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(94:5)



Allah tidak pernah zalim, malah menyayangi hambaNya, sekalipun hambaNya pelaku maksiat tetap, di saat dia ingin kembali kepada Allah, Allah membuka pintu rahmat dan kasih sayangnya yang super luas itu kepada yang mahu bertaubat, membersihkan diri dan jiwa dari dosa.

Kadang-kadang kita terasa dhayyik(sempit) disebabkan masalah-masalah yang kita hadapi, di saat itulah kita mahu beritahu, mengadu pada Allah untuk melapangkan dada, memudahkan urusan kita. Ya, memang semulajadi fitrah yang Alah jadikan buat setiap manusia rasa ingin kembali kepada penciptanya di saat-saat kesusahan menimpa dirinya.



Setelah doa dipanjatkan, kita sentiasa dan selalu mengharapkan Alah memenuhi hajat kita. Dan tanpa kita sedari, Allah memperkenankan doa kita dalam pelbagai cara. Allah permudahkan urusan, jalan kita dan akhirnya sedar atau tidak kita sudahpun melepasi segala kekusutan yang membelenggu diri.

Alhamdulillah, Allah bersama kita!!

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya"
(50:16)

urat leher= jugular vein


~Kepada sahabat yang ku ketahui dirimu dilanda ujian hebat tatkala ini, ku doakan agar dirimu kuat, tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Ku yakin bahawa Allah ingin memberikanmu sesuatu yang terbaik sebagai ganjaran atas kesabaranmu selama ini. insyaAllah, Allah bersamamu!!!



Monday, 11 June 2012

Bersangka baik denganNya

Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk bernafas, menghirup udara di muka bumi ini. Allah masih beri kemampuan pada tangan ini untuk menulis, menulis dan terus menulis.

Banyak nikmat Allah yang kita lupa kan?

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkannya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.” (an-Nahl, 16: 18 )

 “Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”. (Al-rahman)

Bertalu-talu Allah mengingatkan kita mengenai nikmatNya. Hari ini jika kita sedang sakit, barulah kita teringat waktu kita sihat. Kita boleh buat apa saja yang kita nak, tanpa kita sedari yang membenarkan dan mengizinkan tubuh badan kita untuk bergerak adalah... ALLAH!

Sebagai seorang pelajar medik, sebenarnya terasa sangat takjub dengan ciptaan Allah. Dari sebesar-besar perkara sehinggalah sekecil-kecil perkara yang dipelajari ada tujuan Allah ciptakan.

Pada suatu petang, tatkala membelek-belek buku histology, ada satu tajuk dalam respiratory system menarik perhatian saya. Tajuknya, blood air barrier. Nak diceritakan, sebenarnya oksigen yang kita hirup sebelum sampai kepada sel2 dalam tubuh ni mesti melalui 4 lapisan yang Allah ciptakan.

Lapisan pertama : Lung surfactant
Lapisan kedua : Cytoplasm of type 1 pneumocyte
Lapisan ketiga : Basal lamina of endothelial cells
Lapisan keempat : Endothelium of blood capillaries


Image Detail
Nampak macam senang je kan oksigen sampai ke lung, tapi sebenarnya ade 4 lapis sebelum sampai dekat sel2
Subhanallah!

Sistem pernafasan manusia
(nie secara kasar)

~harap maaf, kerana saya tidak dapat menterjemahkan istilah2 ini ke dalam bahasa yang lebih mudah, insyaAllah pelajar medik boleh terangkan kepada anda :)

Ingatkah kita bagaimana Allah menjaga kita ketika kita sedang tidur?

Ingatkah kita berapa kali kita bernafas dalam satu minit?

Ingatkah kita berapa kali kita berjaya bernafas dalam satu jam?

Satu hari?
Satu bulan?
Satu tahun?

Tidak! kita tidak pernah terfikir semua itu kan, yang kita ingat bila sekali kita tidak boleh bernafas, barulah kita tahu nikmat bernafas yang Allah bagi. Sangat besar, berharga!

Bersyukurlah wahai diri, meskipun tatkala ini dirimu ditimpa kesakitan, Allah masih mengizinkanmu menaip kata2 di sini, mengizinkanmu duduk di kerusi, mengizinkanmu melihat skrin laptop, mengirimkanmu ilham untuk menulis, memberikanmu jari-jemari yang lengkap untuk menekan keyboard.

Bersabarlah dengan ujian yang Allah berikan, moga2 dengan kesakitan ini Allah akan mengampunkan dosa-dosamu yang lalu dan melepaskan kamu dari azab di akhirat kelak. 

..واستعينوا بالصبر والصلاة

Thiqah dengan Allah, insyaAllah Allah tidak pernah zalim pada kita, berusahalah walau sesukar mana, walau sekejap mana pun kerana Allah memandang usahamu!

Sunday, 10 June 2012

Ayuh mulakan!

..بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, syukur kerana Allah masih memberikan ilham untuk menulis sekali lagi..setelah sekian lamanya berhenti, AyUH MULAKAN!!

Apa yang tersirat di hati kita sememangnya susah untuk diterjemahkan alam bentuk kata2. Sesungguhnya Allah sahajalah satu-satunya yang mengetahui isi hati kita yang sebenar-benarnya. Walaupun kita cuba membayangkan perasaan kita itu dengan seribu malah sepuluh juta kata-kata, ia tidak tepat seperti tepatnya Allah mengetahui hati hambaNya~

Bila buka blog yang lama, rasa macam nak sedih pun ade sebab banyak post benda yang tak bermanfaat. InsyaAllah blog yang baru nie akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan iman, motivasi kepada sesiapa yang membaca juga kepada diriku sendiri :)

Ada seorang ukhti pernah berkata,
"Kita sebagai seorang yang dalam proses tarbiah, mesti sentiasa sabar dan berusaha sesuaikan diri dengan  cabaran2 dalam tarbiah. Contohnya, kalau kita kena pindah rumah untuk duduk bersama akhawat yang lain..haa, dari situ kita akan belajar terima kekurangan ukhti yang lain. Aplikasinya, bila kita bergaul bersama masyarakat nanti, kita dah ada soft skill tu, iaitu untuk sentiasa sabar dan berlapang dada dengan semua orang.. "
 
Hanya mampu merenung dan menghela nafas bila mendengar kata2 ukhti itu +_+

ya, memang ada benarnya meskipun hati terasa berat untuk meninggalkan rumah ini, dan rumah itu satu ketika dahulu. Teringat peristiwa hijrah Rasullulah SAW dari ke Madinah meninggalkan tanah air yang tercinta semata-mata menurut perintah Allah. mesti Rasullulah pun sedih meninggalkan Mekah tempat lahir baginda..kan kan!

Tapi,
Rasullulah dan umat islam yang lain berjaya menjadikan penghijrahan itu satu kejayaan yang besar buat mereka. Madinah menjadi negara islam yang pertama diketuai oleh Rasullulah sendiri, selepas itu Fathu Makkah dan banyak lagi kejayaan2 yang lain. Kalau Rasullulah x sanggup berhijrah agak-agaknya sampai x islam pada kita sekarang???

ouch! terasa hati ini...

"Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
                                                                                                                                                   ( 3: 31)

Insyaallah semuanya akan berjalan dengan baik! percayalah, Allah dah susun dan beginilah aturanNya. Positifkan minda, pandang dan maju ke hadapan, jangan kembali kepada kejahilan pada masa lalu. Bersyukurlah kerana Allah telah meilihmu untuk membawa agamaNya yang suci ini..i'zzah lah pada islam!!



~mohondoadarisemua~