Keluar makan-makan, pergi shopping, jalan-jalan..
Dapat imbau balik kenangan zaman sekolah yang penuh suka duka, bergelak dan menangis bersama..
Bergosip pun bole!!
Namun, apa yang rasa tak kena di hati ini apabila ada teman-teman yang menakrifkan dan memahami ukhuwah lillah itu dengan fahaman yang kurang jelas. Ada yang menjadikan ukhuwah lillah itu sebagai syarat untuk mereka bebas berkumpul/be"reunion" antara lelaki dan perempuan. Bila dah berkumpul, mestilah akan ada interaksi antara mereka, bagi yang eksited mulalah bertanyakan tentang hal-hal peribadi.
Dah dapat nombor, mulalah bermesej bertanyakan khabar..
Apa-apa tak perlu ditanya pun menjadi isu antara dua insan..
Kemudian melarut-melarat hingga tak terperasan si dia telah menjadi couple si dia..
Sesudah itu apa?
ولا تقربوا الزنى إنه كان فاحشة وساء سبيلا
Al-israa:32
Bukankah Allah dah memberi kita peringatan, JANGAN MENDEKATI zina? Bukan MELAKUKAN zina? Dan bukanlah maksudnya MELAKUKAN itu tidak salah, malah hukumannya lebih berat lagi. MENDEKATI itu menjurus ke arah zina, dan sesungguhnya balasan dan hukuman Allah kepada penzina amat-amatlah berat..
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَة
An-nur:2
Ayuh, sedar!
Elakkan diri dari ikhtilat. Kalau terlalu merindui zaman-zaman itu, tidak salah untuk menganjurkan majlis perkumpuan tetapi yang menepati syara'. Contoh yang boleh dilakukan,
* AJk yang terlibat mestilah menjaga pergaulan, berbincang cuma kepada perkara-perkara yang perlu.
Setiap pembahagian tugas mestilah ada ikhwah dan akhawat yang menguruskan bahagian masing2.
* Asingkan tempat antara lelaki dan perempuan, dari semua aspek. e.g tempat duduk, mengambil
makanan dsb.
* Pengacara majlis digalakkan kepada suami dan isteri, untuk mengelak fitnah.
*Persembahan tidak melibatkan perkara-perkara yang haram, e.g membenarkan wanita muslimah
menari dan menyanyi, alat muzik yang melalaikan dsb.
* Sertakan majlis doa, bacaan yasin dan solat hajat lebih baik.
Nah, inilah ukhuwah lillah. Bukan semata-mata di mulut yang manis, tetapi dizahirkan dengan perbuatan kita sendiri. Kalau kita terasa berat dan susah nak melakukan sesuatu mengikut kehendak Allah, itu tandanya sesuatu perkara yang hendak kita lakukan itu tidak bertepatan lagi dengan syariat Allah.
Syadid?
Sememangnya tidak layak rasanya untuk tangan ini menulis tentang hal ini. Namun, ini hanyalah curahan hati, yang sebenarnya sudah lama dipendam. Empunya tangan ini masih banyak kelemahan, bukanlah ustaz mahupun ustazah, cuma insan yang selalu memerhati dan mempunyai sedikit pengetahuan tentang perkara ini. Kepada yang mahu berkata orang seperti empunya tangan ini keterlaluan dalam menghukum, terpulanglah, kerana hanya Allah sahaja yang layak menilai manusia.
Wallahua'lam :)